Sunday, October 26, 2014

Cara Pembelian Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD

Contoh-Soalan-PTD-dan-Nota-Rujukan-PTD


Ramai yang tertanya-tanya cara pembelian pakej rujukan peperiksaan online PTD ni.
Kemungkinan biasanya berlaku apabila anda masuk kali kedua untuk membuat pembelian.
Untuk memudahkan anda membuat pembelian.
Disini saya sertakan 4 langkah cara pembelian pakej tersebut.

Langkah Pertama

Terus ke laman tempahan dan pilih pakej pilihan anda. Anda akan dibawa ke laman ini setelah pakej dipilih. Isikan EMAIL ANDA

Cara-Pembelian-Pakej-Rujukan-Exam-PTD-langkah1


Langkah Kedua

Sila isikan maklumat anda di sini dan pilih mode pembayaran (Bank Tempatan / Kad Kredit)

Cara-Pembelian-Pakej-Rujukan-Exam-PTD-langkah2

Langkah Ketiga

Selepas anda klik ‘PAY NOW’, anda akan di bawa ke laman ini untuk maklumat bank. SIMPAN URL laman ini. Setelah selesai pembayaran, kembali ke laman ini dan isikan BANK PILIHAN anda ketika pembayaran dan KLIK HANTAR.
cara-pembelian-pakej-rujukan-exam-ptd-langkah3

Langkah Empat

Selesai isi maklumat pembayaran di borang pada STEP 3, anda akan mendapat email dalam tempoh 3-5 minit. Semak email anda. REPLY email tersebut dengan bukti pembayaran dan selepas itu Tim Infokerjaya akan buat semakan dan hantarkan akses dalam tempoh 24 – 48 jam (maksimum)


Anda belum dapatkan lagi Pakej Rujukan Exam PTD ni?

http://jvsecurepay.com/access/116rg/16475



Monday, October 20, 2014

Soalan PTD Seksyen C - Ujian Psikometrik

Soalan PTD Seksyen C Ujian Psikometrik

 

Soalan PTD Seksyen C 


Apa itu Psikometrik? Psikometrik adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian. Bidang ini terutama mempelajari perbezaan antara individu dan antara kumpulan.

Penelitiannya terutama pada:

Pembuatan alat dan prosedur pengukuran, danPembangunan dan penyempurnaan pendekatan teori terhadap pengukuran. Sebahagian besar daripada kerja awal secara teori dan terapan dalam psikometrik dilakukan dalam usaha mengukur kecerdasan.

Konsep kunci tradisional dalam teori ujian klasikal adalah reabiliti dan kesahihan. Alat ukur yang reliabel melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.


Dalam isitilah mudah nya. Ujian Psikometrik adalah mengukur personaliti calon dari segi kepimpinan, komunikasi, tolenrasi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Contoh Soalan Psikometrik adalah seperti berikut:

Soalan PTD Seksyen C Ujian Psikometrik Contoh Soalan



Dari contoh ini secara tak langsung anda boleh faham apakah yang mereka inginkan dari ujian ini. Seharusnya anda perlu konsisten dalam tindakan anda dan perlu benar dalam tindakan bukan menipu ya.

Kita seharusnya tahu apakah ciri-ciri yang mereka cari untuk mengisi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Dan jawapan mestilah mencerminkan ciri-ciri yang dikehendaki mereka.

Dah dapatkan "Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41" yang sedang hangat diperkatakan?


Sunday, October 19, 2014

Panduan Menjawab Soalan PTD

Panduan Menjawab Soalan PTD

Panduan Menjawab Soalan PTD

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak
boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan
dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1) jawapan sahaja.

c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses
menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja.
Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer
tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat pengiraan, jawapan
contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang
dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei

(soalan-soalan didalam Seksyen C dan D)

a. Soalan-soalan esei terdapat dalam dua (2) seksyen iaitu Seksyen C (Esei Bahasa Melayu) dan Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen, calon perlu memilih satu (1) daripada tiga  (3) soalan yang dikemukakan.

b. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi menjawab setiap esei. Bilangan perkataan bagi penulisan Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris adalah tidak dihadkan. Calon diberi masa panjang adalah untuk mengalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping pengunaan kosa kata yang luas dan tepat. Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakan idea-idea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dan sesuai. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurannya sepuluh (10) minit untuk merancang, membuat rangka jawapan dan sebagainya sebelum menulis esei.


Terkini!.

Soalan Esei telah digantikan dengan Ujian Psikometrik/ Ujian Penaksiran Personaliti dan  ujian adalah secara online iaitu bermula pada 1 Nov 2014 ini

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Anda boleh buat semakan dengan klik pada gambar dibawah.

Semakan peperiksaan online ptd gred m41

Soalan PTD Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan-PTD-Seksyen-B

SEKSYEN B - Daya Menyelesaikan Masalah


Masa : 45 Minit

Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:
1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-1




















Jawapan: D


2. Apakah nilai paling sesuai bagi X?

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-2










Jawapan : A

Teknik menjawab:

94 / 2 = 47
180 / 4 = 45
126 / 3 = X
X = 42

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Soalan PTD Seksyen A- Pengetahuan AM

Seksyen A- Pengetahuan AM


Soalan-Seksyen A- Pengetahuan AM


Masa : 45 Minit

Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang
berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara
umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan
pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/
kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi
maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain
perkembangan.

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

Saturday, October 18, 2014

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41



Tujuan Peperiksaan PTD

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Peperiksaan ini melibatkan empat (4) kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.



1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa: 
i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan. 
ii) Kad Pengenalan 
iii) Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang 
difikirkan perlu.

2. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

3. Calon perlu berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

4. Calon dilarang berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Jawatan: Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUM       GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM2,253.00               RM8,731.00                       RM225.00
 
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Deskripsi Tugas:

Pegawai tadbir diplomatik  berfungsi merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


[+]Download FREE Preview Copy Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD Gred M41


Anda Mungkin Berminat :

1.Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Gred M41

2.Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

3.Rahsia Resume Superstar





Monday, October 6, 2014

Peperiksaan Online JPA 10 Oktober 2014





 Peperiksaan Onlione Bagi Jawatan Jurufotografi Gred B17  pada 10 Oktober 2014 (jumaat). Semakan DISINI



Peperiksaan Online Bagi Jawatan Penolong Pegawau Hal Ehwal Islam Gred S27  pada 10 Oktober 2014 (jumaat). Semakan DISINI



Anda mungkin berminat dengan ini.


Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+