Sunday, October 26, 2014

Cara Pembelian Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD

Contoh-Soalan-PTD-dan-Nota-Rujukan-PTD


Ramai yang tertanya-tanya cara pembelian pakej rujukan peperiksaan online PTD ni.
Kemungkinan biasanya berlaku apabila anda masuk kali kedua untuk membuat pembelian.
Untuk memudahkan anda membuat pembelian.
Disini saya sertakan 4 langkah cara pembelian pakej tersebut.

Langkah Pertama

Terus ke laman tempahan dan pilih pakej pilihan anda. Anda akan dibawa ke laman ini setelah pakej dipilih. Isikan EMAIL ANDA

Cara-Pembelian-Pakej-Rujukan-Exam-PTD-langkah1


Langkah Kedua

Sila isikan maklumat anda di sini dan pilih mode pembayaran (Bank Tempatan / Kad Kredit)

Cara-Pembelian-Pakej-Rujukan-Exam-PTD-langkah2

Langkah Ketiga

Selepas anda klik ‘PAY NOW’, anda akan di bawa ke laman ini untuk maklumat bank. SIMPAN URL laman ini. Setelah selesai pembayaran, kembali ke laman ini dan isikan BANK PILIHAN anda ketika pembayaran dan KLIK HANTAR.
cara-pembelian-pakej-rujukan-exam-ptd-langkah3

Langkah Empat

Selesai isi maklumat pembayaran di borang pada STEP 3, anda akan mendapat email dalam tempoh 3-5 minit. Semak email anda. REPLY email tersebut dengan bukti pembayaran dan selepas itu Tim Infokerjaya akan buat semakan dan hantarkan akses dalam tempoh 24 – 48 jam (maksimum)


Anda belum dapatkan lagi Pakej Rujukan Exam PTD ni?

http://jvsecurepay.com/access/116rg/16475



Monday, October 20, 2014

Soalan PTD Seksyen C - Ujian Psikometrik

Soalan PTD Seksyen C Ujian Psikometrik

 

Soalan PTD Seksyen C 


Apa itu Psikometrik? Psikometrik adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian. Bidang ini terutama mempelajari perbezaan antara individu dan antara kumpulan.

Penelitiannya terutama pada:

Pembuatan alat dan prosedur pengukuran, danPembangunan dan penyempurnaan pendekatan teori terhadap pengukuran. Sebahagian besar daripada kerja awal secara teori dan terapan dalam psikometrik dilakukan dalam usaha mengukur kecerdasan.

Konsep kunci tradisional dalam teori ujian klasikal adalah reabiliti dan kesahihan. Alat ukur yang reliabel melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.


Dalam isitilah mudah nya. Ujian Psikometrik adalah mengukur personaliti calon dari segi kepimpinan, komunikasi, tolenrasi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Contoh Soalan Psikometrik adalah seperti berikut:

Soalan PTD Seksyen C Ujian Psikometrik Contoh Soalan



Dari contoh ini secara tak langsung anda boleh faham apakah yang mereka inginkan dari ujian ini. Seharusnya anda perlu konsisten dalam tindakan anda dan perlu benar dalam tindakan bukan menipu ya.

Kita seharusnya tahu apakah ciri-ciri yang mereka cari untuk mengisi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Dan jawapan mestilah mencerminkan ciri-ciri yang dikehendaki mereka.

Dah dapatkan "Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41" yang sedang hangat diperkatakan?


Sunday, October 19, 2014

Panduan Menjawab Soalan PTD

Panduan Menjawab Soalan PTD

Panduan Menjawab Soalan PTD

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak
boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan
dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1) jawapan sahaja.

c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses
menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja.
Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer
tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat pengiraan, jawapan
contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang
dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei

(soalan-soalan didalam Seksyen C dan D)

a. Soalan-soalan esei terdapat dalam dua (2) seksyen iaitu Seksyen C (Esei Bahasa Melayu) dan Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen, calon perlu memilih satu (1) daripada tiga  (3) soalan yang dikemukakan.

b. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi menjawab setiap esei. Bilangan perkataan bagi penulisan Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris adalah tidak dihadkan. Calon diberi masa panjang adalah untuk mengalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping pengunaan kosa kata yang luas dan tepat. Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakan idea-idea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dan sesuai. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurannya sepuluh (10) minit untuk merancang, membuat rangka jawapan dan sebagainya sebelum menulis esei.


Terkini!.

Soalan Esei telah digantikan dengan Ujian Psikometrik/ Ujian Penaksiran Personaliti dan  ujian adalah secara online iaitu bermula pada 1 Nov 2014 ini

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Anda boleh buat semakan dengan klik pada gambar dibawah.

Semakan peperiksaan online ptd gred m41

Soalan PTD Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan-PTD-Seksyen-B

SEKSYEN B - Daya Menyelesaikan Masalah


Masa : 45 Minit

Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:
1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-1




















Jawapan: D


2. Apakah nilai paling sesuai bagi X?

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-2










Jawapan : A

Teknik menjawab:

94 / 2 = 47
180 / 4 = 45
126 / 3 = X
X = 42

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Soalan PTD Seksyen A- Pengetahuan AM

Seksyen A- Pengetahuan AM


Soalan-Seksyen A- Pengetahuan AM


Masa : 45 Minit

Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang
berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara
umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan
pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/
kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi
maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain
perkembangan.

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

Saturday, October 18, 2014

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41



Tujuan Peperiksaan PTD

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Peperiksaan ini melibatkan empat (4) kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.



1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa: 
i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan. 
ii) Kad Pengenalan 
iii) Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang 
difikirkan perlu.

2. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

3. Calon perlu berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

4. Calon dilarang berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Jawatan: Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUM       GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM2,253.00               RM8,731.00                       RM225.00
 
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Deskripsi Tugas:

Pegawai tadbir diplomatik  berfungsi merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


[+]Download FREE Preview Copy Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD Gred M41


Anda Mungkin Berminat :

1.Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Gred M41

2.Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

3.Rahsia Resume Superstar





Monday, October 6, 2014

Peperiksaan Online JPA 10 Oktober 2014





 Peperiksaan Onlione Bagi Jawatan Jurufotografi Gred B17  pada 10 Oktober 2014 (jumaat). Semakan DISINI



Peperiksaan Online Bagi Jawatan Penolong Pegawau Hal Ehwal Islam Gred S27  pada 10 Oktober 2014 (jumaat). Semakan DISINI



Anda mungkin berminat dengan ini.


Temuduga Penguasa Kastam Gred W41


Jadual temuduga Jawatan Penguasa Kastam Gred W41 akan berlangsung dari 7 Oktober 2014 hingga 27 Oktober 2014 dan melibatkan calon seramai 30,810 orang.

Calon-calon bolehlah membuat semakan maklumat dan membuat cetakan surat panggilan temuduga bermula 3 Oktober 2014 hingga 27 Oktober 2014

Sila buat semakan DISINI!




Anda mungkin Berminat dengan ini!

1.Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!

Monday, September 29, 2014

1 Malaysia Support For Housewives -1MS4HW


Strategi Kebangsaan Lantan Biru merupakan strategi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dengan memberi fokus kepada penghasilan idea kreatif, kerjasama antara jabatan, melibatkan kos yang sedikit dan dapat dilaksanakan dengan segera bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat dengan memberikan hasil yang berimpak tinggi.

Kementerian Sumber Manusia telah diberi kepercayaan secara bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan dan Masyarakat untuk menggerakkan Program 1Malaysia Support For Housewives. Program ini juga akan melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan unit Kerjasama Awam dan Swasta.

Objektif Program

Mewujudkan peluang pekerjaan bagi suri rumah daripada isi rumah berpendapatan rendah (LIH) untuk menjana pendapatan tambahan keluarga bagi meningkatkan taraf hidup.
Memberi jaminan keselamatan sosial kepada suri rumah untuk kehidupan keluarga yang lebih baik.
Definisi Suri Rumah

Seorang wanita yang menguruskan rumahtangga mereka sebagai pekerjaan utama.

Golongan Sasar

Suri rumah dari peserta E-Kasih
Suri rumah yang berdaftar dengan JobsMalaysia
Suri rumah yang berdaftar dengan NGOs
Suri rumah kepada anggota Jabatan/ Agensi beruniform
Suri rumah di kalangan kakitangan Kerajaan yang berpendapatan rendah melalui persatuan

Kepada surirumah yang layak boleh lah mengisi borang disini 1M4HW

IPTS dan IPTA yang Mendapat Kelayakan Agensi Kelayakan Malaysia - MQA

IPTS dan IPTA yang Mendapat Kelayakan Agensi Kelayakan Malaysia - MQA

MQA


Tahukan anda instut pengajian yang anda belajar adakah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia MQA. Anda kena pastikan sebelum anda memulakan pengajian disana.

Senarai IPTA yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan JPA, Badan Profesional atau Badan Lain. Kemaskinian maklumat adalah berdasarkan maklumbalas daripada IPTA yang diterima setakat 6 Ogos 2014. Jumlah program pengajian IPTA yang telah mendapat Perakuan Akreditasi setakat ini adalah sebanyak 1280.

Anda boleh buat carian disini  MQA IPTA

Senarai IPTS yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan JPA, Badan Profesional atau Badan Lain. Kemaskinian maklumat adalah berdasarkan maklumbalas daripada IPTS yang diterima setakat 8 September 2014. Jumlah program pengajian IPTS (kategori : Universiti) yang telah mendapat Perakuan Akreditasi setakat ini adalah sebanyak 2367.

Anda boleh buat carian disini  MQA IPTS

Anda juga boleh membuat carian bidang pengajian yang anda ceburi dan melihat sama ada ia mendapat pengitirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia atau tidak.

Anda boleh buat carian disini MQA Search

Sunday, September 28, 2014

Skim Latihan 1 Malaysia - SL1M

Apa itu Skim Latihan 1 Malaysia?

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang diilhamkan dari kejayaan Graduates Programme Bank Negara Malaysia bagi menangani isu graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian terutama kepada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman

Objektif program skim latihan 1 Malaysia  ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Objektif pelaksanaan program ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Program ini diselia oleh Seksyen Pembangunan Modal Insan (PMI), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan komitmen daripada Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan secara amal jariah serta Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills-Training dan On-Job-Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran graduan untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang menyediakan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta. Selain itu, graduan juga diberi pendedahan serta pengalaman kerja yang sebenar di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

Struktur Latihan dan Modul

Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:

Latihan Kemahiran Insaniah - 2 Bulan
(Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000)

  • Komunikasi
  • Kemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatif
  • Penyesuaian Organisasi
  • Nilai-nilai maju diri serta Profesional
  • Etika Korporat, Pemakaian dan Adab
  • Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:


Latihan di dalam kelas

  • Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
  • Pengurusan Kewangan
  • Keusahawanan
  • penguasaan Motivasi Diri
  • Penguasaan Disiplin Diri
  • Pemantapan Rohani dan Jasmani
  • Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim


Latihan di luar kelas

  • Penerapan Semangat Berpasukan
  • Aktiviti Pengurusan Acara/Majlis
  • Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
  • Tekwando
  • Aktiviti Berkawad
  • Sukan dan Kokurikulum Luar
  • Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni


Kursus Pra-Pekerjaan - (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
(Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)

Penempatan Pekerjaan
Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir


TERMA DAN SYARAT SL1M

1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia
2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
4. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
5. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia

Cara-cara mendaftar
1. Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Isikan maklumat lengkap beserta dokumen yang diperlukan

Anda boleh daftar disini SL1M

Sesiapa yang ada syarat berikut bolehlah isikan borang di laman diatas.

Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya - SPOKU

APA itu Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya - SPOKU


Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya  dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manuasia dari Jabatan Tenaga Kerja , Ia boleh membantu OKU dan Majikan untuk mencapai keserasian kerja. Majaikan menawarkan pekerjaan yang sesuai kepeda pekerja dikalangan OKU.

SPOKU dibuka kepada semua Majikan dan orang awam. Untuk mendaftar sila lengkapkan borang pendaftaran di talian dan anda akan menikmati semua perkhidmatan yang ditawarkan.

Majikan Berdaftar boleh menyenaraikan seberapa banyak jawatan kosong pada bila-bila masa. Lengkapkan borang dalam talian dan kekosongan itu akan tersenarai dengan serta merta, tanpa susah-payah.

Pencari Kerja Berdaftar dapat mencari dan memohon jawatan menurut pilihan mereka dan Majikan Berdaftar dapat memilih calon yang sesuai melalui kaedah carian maju.

Kini SPOKU membolehkan penjodohan kerja bagi calon / pemohon dengan jawatan yang sesuai.

Yang belum berdaftar boleh lah mendaftar di SPOKU



SOALAN YANG SELALU DITANYA-FAQ

Soalan: Siapakah yang layak menggunakan sistem ini?

Jawapan:

Bagi OKU: OKU yang berdaftar dan mempunyai KAD DAFTAR OKU JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. Anda mesti menggunakan kad pengenalan untuk mendaftar dalam sistem ini.

Bagi Majikan: Anda hanya perlu nyatakan nombor ROB/ROC/ROS dan jika anda adalah majikan perseorangan, anda perlu nyatakan nombor kad pengenalan anda.

Soalan: Apakah Perlindungan yang diberikan kepada pekerja OKU?

Jawapan: Akta Kerja 1955 memberi perlindungan undang-undang yang sama terhadap semua pekerja tanpa mengira jantina, kaum mahupun kecacatan.

Soalan: Bagaimanakah sistem ini berfungsi?

Jawapan: Pekerja boleh membuat carian kerja dan memohon pekerjaan yang bersesuaian secara online. Walaubagaimanapun, keputusan untuk memilih calon yang bersesuaian dengan kerja yang diiklankan akan dibuat oleh majikan berkenaan. Anda perlu memohon kerja yang berpadanan dengan profil anda. Dan juga jangan lupa untuk sentiasa menyemak akaun.

Soalan: Bagaimanakah caranya untuk mengiklankan jawatan kosong bagi syarikat dalam sistem ?

Jawapan:

Caranya ialah:

Anda perlu mendaftar dengan sistem ini sebagai majikan terlebih dahulu.
Selepas mendapat ID, anda perlu login ke sistem ini.
Klik Kemaskini Segera > pilih Tawarkan Kekosongan Baru. Isi borang yang dipaparkan dan klik butang hantar.
Untuk menyemak status terkini mengenai jawatan yang diiklankan, klik pada maklumat segera dan pilih kekosongan yang ditawarkan.

Soalan: Apakah faedahnya kepada majikan yang menggajikan pekerja OKU?

Jawapan: Majikan layak mendapat potongan cukai 2 kali ganda ke atas gaji yang dibayar kepada pekerja OKU.


Yang belum berdaftar boleh lah mendaftar di SPOKU

Wednesday, September 24, 2014

Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Jabatan Perkhidmatan Awam Oktober 2014

Jadual Kursus Tips dan Panduan Memasuki Jabatan Perkhidmatan Awam Oktober 2014



Atur Cara Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam (Terkini/Baru) 



 
Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.
 
i) Tiada sebarang bayaran dikenakan;
ii) Berpakaian kemas; dan
iii) Nota-nota kursus disediakan seperti berikut :
Modul 1 - Proses Permohonan Pekerjaan dan Peperiksaan Dalam Talian
Modul 2 - Tips dan Panduan Menghadiri Pusat Penilaian Kompetensi/Pemeriksaan Fizikal dan Temuduga
 
Peserta yang berminat dikehendaki melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran ini. Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:
 
Cik Siti Amirah binti Amran : 03-8880 6459
Encik Hasrolnizam bin Jahya : 03-8885 6062
Encik Akmal Firdaus bin Aziz : 03-8885 6069
 
Anda boleh semak status pendaftaran disini > SEMAK STATUS
 
Ramai yang telah mengikuti kurus ini seperti dibawah..


Jadi saya harap anda pun dapat turut serta untuk mendapatkan pendedahan awal jika berminat untuk menyertai Jabatan Perkhidmatan Awam.


Kalau anda ingin dapatkan maklumat lanjut boleh pergi terus ke laman sesawang JPA

Sunday, September 21, 2014

Peperiksaan Online SPA 20/9/2014 Lancar


latihan separa perubatan bertaraf diploma
Credit | Afifbahardin.com

Proses peperiksaan secara online bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang berlangsung hari ini berjalan lancar, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata sebanyak 42,876 calon menduduki peperiksaan itu dengan jayanya termasuk 30 calon yang berada di 16 negara, antaranya Singapura, United Kingdom, Ireland dan Australia.

"Walaupun terdapat masalah teknikal dikesan berlaku kepada 22 'server' daripada 68 'server', dengan sebahagian daripada calon tidak dapat menjawab soalan di seksyen B, namun masalah tersebut telah dapat diatasi segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata calon berkenaan dibenar menduduki semula peperiksaan pada  12.30 tengah hari tadi.

Peperiksaan itu untuk latihan bagi jawatan Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru XRay, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pergigian, Jurupulih Perubatan Anggota, Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Juruteknologi Pergigian.

Mahmood berkata keputusan peperiksaan dijangka pada Isnin (22 September), 12 tengah hari menerusi portal SPA www.spa.gov.my. lapor Bernama

Jadual Peperiksaan SPA 2014

Jadual Peperiksaan SPA 2014

Berikut merupakan jadual peperiksaan SPA 2014 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Pastikan anda sediakan diri anda sebelum tarikh peperiksaan. Takkan nak tunggu sampai tahun depan kan?..



Saturday, September 20, 2014

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


tips kerja kerajaan


Terima kasih kerana sudi singgah di blog tips kerja kerajaan saya yang tak seberapa ini. Seperti yang kita maklum dewasa ini masih ramai lagi graduan kita yang menggangur atau mencari kerja, mengikut  Utusan online Ogos 2013 dilaporkan terdapat sehingga 441,800 orang penggangur yan kebanyakannya adalah graduan universiti sedang mencari pekerjaan.

Tujuan blog ini adalah untuk membantu anda mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda. Ada bemacam-macam medium mencari kerja samada cara offline atau online. Kaedah offline   seperti mencari permis-permis yang meletakkan iklan dihadapan permis mereka atau membaca surtkhabar atau di papan iklan 7-eleven. Online pula adalah menggunakan komputer atau telefon pintar.

Sekarang segalanya mudah untuk anda mencari pekerjaan termasuk dari media sosial, suratkhabar,website malahan dididing 7 eleven dan didinding iklan bagunan. Yang paling mudah adalah dengan menggunakan medium online seperti Jobstreet atau pun laman web Jabatan Perkhidmatan Awan untuk kerja kerajaan.

Dengan menggunakan medium online segalanya mudah dan pantas dan menjimatkan kos. Anda hanya perlukan komputer dan talian internet untuk anda mencapai maklumat tersebut.

Saya gembira jika maklumat di blog ini dapat membantu anda mencapai perkerjaan yang anda inginkan. Saya juga menyertakan panduan atau e-book samada berbayar atau percuma untuk membantu anda mengapai pekerjaan yang anda hajati.

Selamat bersiar-siar dan berjalan-jalan di blog kami ini




Salam Mesra,


~Sani Yunus~

tips-kerja-kerajaann.blogspot.com

Kekosongan Pegawai Teknologi Makanan C41 dan Khidmat Pelanggan C17

Kekosongan Sebelum/Pada 26 September 2014 11:59 malam

Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 (kementerian Kesihatan Malaysia
Kelayakan : Ijazah (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
Kekosongan: 53 orang

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,940.00             RM8,720.00                                  RM225.00
 
Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;                    [ Gaji Permulaan : RM2,147.45 ] atau
  • Bachelor Sains dan Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;   [ Gaji Permulaan : RM2,251.23 ] dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):


  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti surveilan dan analisis risiko keselamatan makanan, codex dan standard, dasar keselamatan makanan, pensijilan halal dan memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS.

pegawai teknologi makanan c41
Credit | Kosmo.com.my


Pegawai Khidmat Pelanggan N17 (Jabatan Perkhidmatan Awam)
Kelayakan : SPM (kumpulan Sokongan II)
Kekosongan: 80 orang

Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian / Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 928.00                  RM 3,375.00                                  RM95.00
 
Syarat Lantikan:


  •  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;            [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan 
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau 
  • kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan. 

(Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Maklumat Lanjut : >> Portal JPA

Panduan Peperiksaan Online SPA


Panduan Peperiksaan Online SPA!


panduan peperiksaan online spa




Mari baca dan lihat panduan peperiksaan online SPA ini sebelum anda ambil peperiksaan,



Langkah 1:
Log Masuk Sistem Peperiksaan Online

Langkah 2:
Masukkan Lokasi Peperiksaan Diduduki


Langkah 3:
Mula Menjawab Soalan

Tips: Masa tidak akan menunggu anda. Sebaik sahaja cukup masa peperiksaan akan ditamatkan.

Saya harap video ini dapat membantu anda memahami peperiksaan online SPA. Sila tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan, :-)

Jawatan Kosong Juruaudit Gred W41- Sebelum 23/9/2014

Jawatan Kosong Juruaudit W41- sebelum 23 September 2014

Kekosongan : 16 dan (100 simpanan)

Pengkhususan dipelawa dalam bidang berikut:

Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Awam dan Struktur, Penganturcaraan, Pengaturcaraan Komputer, Sains (Alam Sekitar), Sains Dan Pengurusan Alam Sekitar, Sains Komputer (Pengurusan Pengkalan Data) dan Sistem Pengurusan Maklumat.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem/Jab: Jabatan Audit Negara
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,925.00                RM8,685.00                                            RM225.00









 
Syarat Lantikan:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ]

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]

Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ]

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ]

Ahli Penuh Malaysia Institut Akauntan Malaysia.
[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ]

lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:
Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Maklumat lanjut sila ke >> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

FAQ Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Ini adalah soalan lazim yang anda akan tanya pada SPA.

1. Saya telah mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Bilakah saya akan dipanggil temu duga?
Semua pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:

a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon;
b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
c. Melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan.

Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semua status pendaftaran akan dikemaskini dalam tempoh masa 1 hari.
 
 
2. Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?
Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia seperti:
a. Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;
b. Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;
c. Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
d. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
e. Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.


3. Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga?
Pemohon yang tidak menghadiri panggilan temu duga tidak akan disenaraihitamkan.


4. Bolehkah saya menukar tarikh dan pusat temu duga?
Boleh dengan syarat mendapat kebenaran Suruhanjaya. Permohonan pertukaran tarikh dan tempat temu duga terutama yang melibatkan pusat temu duga di Sabah dan Sarawak perlu dikemukakan dengan segera dengan menyertakan nama, no. kad pengenalan, no. telefon, jawatan, tarikh dan tempat temu duga asal, tarikh dan tempat temu duga baru dan alasan pertukaran bagi mendapatkan kebenaran Suruhanjaya. Permohonan boleh dikemukakan secara bertulis, faks atau emel kepada:
 
Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan Khas (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan II /Separa Perubatan):

Muhamad Hanafi Bin Jalalonmuhali
Emel : mhanafi@spa.gov.my
Tel : 03-88806419

Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan I /Kumpulan Pengurusan & Profesional)

Semua Pegawai Gred 41 dan ke atas (Sila rujuk Direktori Emel/Telefon di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)

Tel : 03-88856354
Faks : 03-88885044
 
 
5. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
 
 
6. Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga?
Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel temu duga. Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.
 
 
7. Mengapa saya tidak tersenarai dan tidak dipanggil dalam urusan temu duga yang dijalankan?
Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga yang dijalankan adalah disebabkan calon tidak melepasi asas tapisan semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berdasarkan jawatan yang dipohon dan tidak berjaya dalam peperiksaan khas yang dilaksanakan bagi jawatan yang berkaitan. Contohnya bagi permohonan latihan separa perubatan yang mana pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mengutamakan pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi mendapatkan calon-calon yang bersesuaian serta berkebolehan untuk mengikuti latihan tersebut.
 
 
8. Adakah proses untuk dipanggil temu duga dibuat berdasarkan tarikh pendaftaran seseorang calon atau dengan kata lain calon yang mendaftar lebih awal akan diberi peluang untuk ditemu duga terlebih dahulu?
Semua permohonan calon yang diterima sebelum tarikh tutup akan diproses. Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan dan kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya akan dipanggil temu duga tanpa mengambil kira tarikh pendaftaran seseorang calon itu.
 
 
9. Saya merupakan pemegang diploma. Perlukah saya membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temu duga sedangkan temu duga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja?
Calon perlu membawa diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut.

Friday, September 19, 2014

Persediaan Hadiri Temuduga

hadiri-temuduga
Jika anda ingin menghadiri temuduga kerja kerajaan beberapa perkara perlulah disediakan terlebih dahulu untuk mengelakkan anda terlepas peluang untuk mendapatkan jawatan kerja kerajaan yang anda hajati

1. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+