Saturday, September 20, 2014

Kekosongan Pegawai Teknologi Makanan C41 dan Khidmat Pelanggan C17

Kekosongan Sebelum/Pada 26 September 2014 11:59 malam

Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 (kementerian Kesihatan Malaysia
Kelayakan : Ijazah (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
Kekosongan: 53 orang

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,940.00             RM8,720.00                                  RM225.00
 
Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;                    [ Gaji Permulaan : RM2,147.45 ] atau
  • Bachelor Sains dan Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;   [ Gaji Permulaan : RM2,251.23 ] dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):


  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti surveilan dan analisis risiko keselamatan makanan, codex dan standard, dasar keselamatan makanan, pensijilan halal dan memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS.

pegawai teknologi makanan c41
Credit | Kosmo.com.my


Pegawai Khidmat Pelanggan N17 (Jabatan Perkhidmatan Awam)
Kelayakan : SPM (kumpulan Sokongan II)
Kekosongan: 80 orang

Kumpulan: Sokongan
 
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian / Jabatan
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 928.00                  RM 3,375.00                                  RM95.00
 
Syarat Lantikan:


  •  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;            [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan 
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau 
  • kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan. 

(Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Maklumat Lanjut : >> Portal JPA
Posted By: saniyunusdotcom

Kekosongan Pegawai Teknologi Makanan C41 dan Khidmat Pelanggan C17

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Post a Comment

Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+