Friday, September 19, 2014

Persediaan Hadiri Temuduga

hadiri-temuduga
Jika anda ingin menghadiri temuduga kerja kerajaan beberapa perkara perlulah disediakan terlebih dahulu untuk mengelakkan anda terlepas peluang untuk mendapatkan jawatan kerja kerajaan yang anda hajati

1. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
  • Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
  • Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  • Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;
  • Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
  • Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
  • Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
  • Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
  • Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sahaja.

2. Anda dikehendaki membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat.
 
3. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan jawatan kerja kerajaan yang dipohon
 
4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temuduga.

Sedikit sebanyak diharap butiran ini boleh membantu anda bersedia sebelum hadiri sesi temuduga tersebut dengan penuh semangat dan yakin.


Posted By: saniyunusdotcom

Persediaan Hadiri Temuduga

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Post a Comment

Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+