Sunday, September 28, 2014

Skim Latihan 1 Malaysia - SL1M

Apa itu Skim Latihan 1 Malaysia?

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang diilhamkan dari kejayaan Graduates Programme Bank Negara Malaysia bagi menangani isu graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian terutama kepada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman

Objektif program skim latihan 1 Malaysia  ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Objektif pelaksanaan program ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Program ini diselia oleh Seksyen Pembangunan Modal Insan (PMI), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan komitmen daripada Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan secara amal jariah serta Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills-Training dan On-Job-Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran graduan untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang menyediakan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta. Selain itu, graduan juga diberi pendedahan serta pengalaman kerja yang sebenar di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

Struktur Latihan dan Modul

Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:

Latihan Kemahiran Insaniah - 2 Bulan
(Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000)

  • Komunikasi
  • Kemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatif
  • Penyesuaian Organisasi
  • Nilai-nilai maju diri serta Profesional
  • Etika Korporat, Pemakaian dan Adab
  • Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:


Latihan di dalam kelas

  • Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
  • Pengurusan Kewangan
  • Keusahawanan
  • penguasaan Motivasi Diri
  • Penguasaan Disiplin Diri
  • Pemantapan Rohani dan Jasmani
  • Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim


Latihan di luar kelas

  • Penerapan Semangat Berpasukan
  • Aktiviti Pengurusan Acara/Majlis
  • Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
  • Tekwando
  • Aktiviti Berkawad
  • Sukan dan Kokurikulum Luar
  • Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni


Kursus Pra-Pekerjaan - (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
(Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)

Penempatan Pekerjaan
Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir


TERMA DAN SYARAT SL1M

1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia
2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
4. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
5. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia

Cara-cara mendaftar
1. Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Isikan maklumat lengkap beserta dokumen yang diperlukan

Anda boleh daftar disini SL1M

Sesiapa yang ada syarat berikut bolehlah isikan borang di laman diatas.
Posted By: saniyunusdotcom

Skim Latihan 1 Malaysia - SL1M

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Post a Comment

Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+