Sunday, September 28, 2014

Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya - SPOKU

APA itu Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya - SPOKU


Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya  dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manuasia dari Jabatan Tenaga Kerja , Ia boleh membantu OKU dan Majikan untuk mencapai keserasian kerja. Majaikan menawarkan pekerjaan yang sesuai kepeda pekerja dikalangan OKU.

SPOKU dibuka kepada semua Majikan dan orang awam. Untuk mendaftar sila lengkapkan borang pendaftaran di talian dan anda akan menikmati semua perkhidmatan yang ditawarkan.

Majikan Berdaftar boleh menyenaraikan seberapa banyak jawatan kosong pada bila-bila masa. Lengkapkan borang dalam talian dan kekosongan itu akan tersenarai dengan serta merta, tanpa susah-payah.

Pencari Kerja Berdaftar dapat mencari dan memohon jawatan menurut pilihan mereka dan Majikan Berdaftar dapat memilih calon yang sesuai melalui kaedah carian maju.

Kini SPOKU membolehkan penjodohan kerja bagi calon / pemohon dengan jawatan yang sesuai.

Yang belum berdaftar boleh lah mendaftar di SPOKU



SOALAN YANG SELALU DITANYA-FAQ

Soalan: Siapakah yang layak menggunakan sistem ini?

Jawapan:

Bagi OKU: OKU yang berdaftar dan mempunyai KAD DAFTAR OKU JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. Anda mesti menggunakan kad pengenalan untuk mendaftar dalam sistem ini.

Bagi Majikan: Anda hanya perlu nyatakan nombor ROB/ROC/ROS dan jika anda adalah majikan perseorangan, anda perlu nyatakan nombor kad pengenalan anda.

Soalan: Apakah Perlindungan yang diberikan kepada pekerja OKU?

Jawapan: Akta Kerja 1955 memberi perlindungan undang-undang yang sama terhadap semua pekerja tanpa mengira jantina, kaum mahupun kecacatan.

Soalan: Bagaimanakah sistem ini berfungsi?

Jawapan: Pekerja boleh membuat carian kerja dan memohon pekerjaan yang bersesuaian secara online. Walaubagaimanapun, keputusan untuk memilih calon yang bersesuaian dengan kerja yang diiklankan akan dibuat oleh majikan berkenaan. Anda perlu memohon kerja yang berpadanan dengan profil anda. Dan juga jangan lupa untuk sentiasa menyemak akaun.

Soalan: Bagaimanakah caranya untuk mengiklankan jawatan kosong bagi syarikat dalam sistem ?

Jawapan:

Caranya ialah:

Anda perlu mendaftar dengan sistem ini sebagai majikan terlebih dahulu.
Selepas mendapat ID, anda perlu login ke sistem ini.
Klik Kemaskini Segera > pilih Tawarkan Kekosongan Baru. Isi borang yang dipaparkan dan klik butang hantar.
Untuk menyemak status terkini mengenai jawatan yang diiklankan, klik pada maklumat segera dan pilih kekosongan yang ditawarkan.

Soalan: Apakah faedahnya kepada majikan yang menggajikan pekerja OKU?

Jawapan: Majikan layak mendapat potongan cukai 2 kali ganda ke atas gaji yang dibayar kepada pekerja OKU.


Yang belum berdaftar boleh lah mendaftar di SPOKU
Posted By: saniyunusdotcom

Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya - SPOKU

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Post a Comment

Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+