Sunday, October 19, 2014

Panduan Menjawab Soalan PTD

Panduan Menjawab Soalan PTD

Panduan Menjawab Soalan PTD

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak
boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan
dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1) jawapan sahaja.

c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses
menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja.
Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer
tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat pengiraan, jawapan
contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang
dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei

(soalan-soalan didalam Seksyen C dan D)

a. Soalan-soalan esei terdapat dalam dua (2) seksyen iaitu Seksyen C (Esei Bahasa Melayu) dan Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen, calon perlu memilih satu (1) daripada tiga  (3) soalan yang dikemukakan.

b. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi menjawab setiap esei. Bilangan perkataan bagi penulisan Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris adalah tidak dihadkan. Calon diberi masa panjang adalah untuk mengalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping pengunaan kosa kata yang luas dan tepat. Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakan idea-idea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dan sesuai. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurannya sepuluh (10) minit untuk merancang, membuat rangka jawapan dan sebagainya sebelum menulis esei.


Terkini!.

Soalan Esei telah digantikan dengan Ujian Psikometrik/ Ujian Penaksiran Personaliti dan  ujian adalah secara online iaitu bermula pada 1 Nov 2014 ini

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Anda boleh buat semakan dengan klik pada gambar dibawah.

Semakan peperiksaan online ptd gred m41

Panduan Menjawab Soalan PTD

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

1 comment:

  1. pertanyaan dan jawaban dari esai PTD ini sangat gamblang dan jelas, maka sangat mujarab jika jadi referensi saat menjawab soal-soal tersebut.

    salam sehat dan ceria selalu

    ReplyDelete

Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+