Saturday, October 18, 2014

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Jawatan: Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
 
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
 
Jadual Gaji:
 
GAJI MINIMUM       GAJI MAKSIMUM     KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM2,253.00               RM8,731.00                       RM225.00
 
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Deskripsi Tugas:

Pegawai tadbir diplomatik  berfungsi merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


[+]Download FREE Preview Copy Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD Gred M41


Anda Mungkin Berminat :

1.Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Gred M41

2.Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

3.Rahsia Resume Superstar





Posted By: saniyunusdotcom

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Post a Comment

Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+