Saturday, October 18, 2014

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41



Tujuan Peperiksaan PTD

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Peperiksaan ini melibatkan empat (4) kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.



1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa: 
i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan. 
ii) Kad Pengenalan 
iii) Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang 
difikirkan perlu.

2. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

3. Calon perlu berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

4. Calon dilarang berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.


6. Jawapan hendaklah dibuat dalam: 
i) Kertas OMR - bagi Seksyen A dan B 
ii) Kertas tulis - bagi Seksyen C dan D

7. Nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran pada kertas jawapan hendaklah  sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.

9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan, dan tidak menjolok mata.

10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan. 



Sukatan Peperiksaan


iii) Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

iv) Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris


Terkini : Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik terbaru 2014 adalah dibahagikan kepada hanya 3 seksyen dan akan dijalankan secara online. Pembahagian adalah seperti berikut:


1.Seksyen A -Pengetahuan Am. (40 minit)

2.Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (40 Minit)

3.Seksyen C - Ujian Psikometri/ Personaliti Calon. (15 minit)




Sila Isikan Nama dan Email.

Download Review Copy Pakej Rujukan Exam PTD FREE! 

We respect your email privacy

Posted By: saniyunusdotcom

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Post a Comment

Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+