Sunday, October 19, 2014

Soalan PTD Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan-PTD-Seksyen-B

SEKSYEN B - Daya Menyelesaikan Masalah


Masa : 45 Minit

Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:
1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-1




















Jawapan: D


2. Apakah nilai paling sesuai bagi X?

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-2










Jawapan : A

Teknik menjawab:

94 / 2 = 47
180 / 4 = 45
126 / 3 = X
X = 42

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data


Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-3












Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A 20 orang
B 40 orang
C 60 orang
D 80 orang

Jawapan: B

Teknik menjawab:
Pelancong luar negara        = 40/100 x 400
                                             = 160
                                             = 400 - 160
                                             = 240
Pelancong tempatan             = 1/3 x 600
                                              = 200
Beza pelancong Bulan April = 240 - 200 = 40


2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-4








Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah

A 30
B 60
C 80
D 140

Jawapan: B

Teknik menjawab:
Jumlah kamera digital yang dijual                   = 290 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011 = 150 buah
Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013 = 290 - 150
                                                                         = 140 buah
Oleh yg demikian,
3:4 = 140 buah
1 buah = 140/7 = 20
dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah
Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.


iii) Konsep Matematik 

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan
yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4
daripada keluasan petak A.

Soalan-PTD-Seksyen-B-Soalan-Matematik









Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

A 105 m/persegi
B 125 m/persegi
C 230 m/persegi
D 245 m/persegi

Jawapan: A
Teknik menjawab:
Petak C                     = 1/4 daripada keluasan bilik A
Petak C                     = 1/4 * (10 * 10)
                                  =25 m/persegi
Panjang Petak B       = panjang petak A + panjang petak C
                                  = 10 + 5
                                  = 15 m
Luas petak B             = 15 * 7
                                  = 105 m/persegi

2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A RM100
B RM150
C RM200
D RM250

Jawapan: B

Teknik Menjawab :
20% - RM100
100% - 100/20 x RM100 = RM500
50% kenaikan gaji = RM750
Bil utiliti = 20% x RM750 = RM150


Contoh Soalan ni telah bantu ribuan graduan lulus exam PTD

[+] Dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD

Soalan PTD Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Post a Comment

Follow Us

About Us

Blog ini didedikasikan buat anda yang mencari kerja kerajaan ataupun sektor swasta. Kami sediakan tip-tips dan panduan untuk membantu anda mengapai kerjaya impian anda.

© Tips Kerja Kerajaan All rights reserved | Theme Designed by Blogger Templates
Google+